Masjid ni banyak memberikan kenangan pada aku dan aku percaya juga kepada rakan-rakan yang pernah menuntut di UMS...Aku bukanlah seorang mahasiswa yang rajin sangat ke masjid cuma kadang kala sahaja .....Ketika aku berada di tahun 1, abang-abang senior menyatakan dahulu (katanya....) ketika rancangan pembinaan masjid ini ingin dilaksanakan terdapat bantahan kerana pada masa yang sama juga terdapat segelintir sabahan non muslim yang menginginkan pembinaan gereja dijalankan memandangkan populasi antara penganut Islam dan Kristian di Sabah hampir sama, selain negeri Sabah tidak terikat dengan penetapan Islam sebagai agama rasmi negeri. Menurut pelajar2 senior, pembinaan gereja hampir dilakukan tetapi mungkin dengan kuasa veto persekutuan masjid telah terbina dan bukannya gereja...Sejauh mana kebenaran di sebalik cerita itu, Wallahualam, sebab ketika UMS dibina aku masih bersekolah rendah dan tidak terdapat bukti-bukti bertulis yang aku perolehi untuk membuktikan kesahihan perkara tersebut...
Tetapi apa yang ingin aku coretkan bukan dengan menjadikan perkara di atas sebagai subjek utama tetapi apa yang aku ingin persoalkan sejauh mana Malaysia boleh di angkat sebagai sebuah negara Islam....Adakah negara Islam Malaysia sama kategorinya dengan Turki dan Indonesia? Ataupun seperti Brunei atau Saudi Arabia?Ini kerana, menurut pemerhatian aku, tempat-tempat ibadah umat Islam adalah yang paling sedikit di bina dan sudah tentu di ranking pertama adalah kuil Hindu..Statistik di Selangor dari hasil pembacaan aku adalah Islam =2.5 juta=259 masjid dan 939 surau, Buddha=1.3juta=1015 tokong, Hindu=647ribu=810 (berdaftar,yang tak berdaftar toksah cite la)
..Aku tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti agama apatah lagi melakukan provokasi, tetapi sekiranya kita amati bersama, kuil Hindu sebagai contohnya, pada awalnya didirikan sebesar pondok kecil di tepi-tepi jalanraya, 2 bulan kemudian sudah bertambah bumbung dan lantai dan setahun kemudian tersergam megah dengan kapasiti yang mampu memuatkan beratus orang pada satu satu masa...Tetapi untuk surau dan masjid, sekiranya perkara yang sama dalam pembinaan kuil tadi diaplikasi, nescaya tidak sampai sebulan telah diminta dirobohkan kembali...Ironinya,kuil yang dibina di tanah kerajaan tadi tidak perlu mendapatkan lesen atau apa-apa dokumen pembinaan tetapi surau atau masjid dilihat sangat ketat permohonanya...Untuk membina masjid atau surau antaranya mestilah mendapatkan pengesahan dari pelbagai pihak dari peringkat kampung,majlis daerah atau perbandaran kemudiuannya jabatan tanah dan jabatan agama.Sekiranya tidak lulus akan di bwa kembali kepringkat mukim/kampung untuk diteliti, sudahnya ada segelintir warga tua di sesetengah kampung yang tidak tertunai hajat mereka untuk melihat terbinanya surau/masjid di kampung mereka kerana telah dijemput dahulu oleh Ilahi....
Kekesalan dan suara aku ini mungkin perkara kecil untuk mereka yang mempunyai autoriti, tetapi harus diingat suara rakyat adalah veto yang boleh menghumban mereka yang berkuasa ke longkang kehinaan, Utamakan kaum majoriti (tanpa mengambil hak kaum lain) kerana melalui kaum majoriti inilah anda masih lagi berkuasa sekalipun tercungap-cungap....Kaum majoriti inilah yang sekian lama mendukung perjuangan anda dan meletakkan anda di puncak kuasa tetapi suara dan permintaan kaum majoriti ini semakin sayup dari pendengaran anda.........Islam adalah agama rasmi Persekutuan Malaysia, sebagai agama rasmi ia harus diletakkan keutamaan berbanding agama-agama lain.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan