Sebuah Nukilan oleh Si Aku.....
Aku dilahirkan dan dibesarkan di Segamat, Johor Darul Takzim di dalam sebuah keluarga yang sederhana..Dalam istilah marxism aku adalah dari golongan protilatariat atau rakyat marhaen yang jauh dari kehidupan mewah golongan-golongan aristokrat dan juga bourgoise......Bapa dan ibuku adalah kakitangan awam dan aku adalah anak pertama dari 4 beradik....pendidikan awal aku bermula di SK Temenggong Abd Rahman dan kemudiannya ke SMK Tinggi Segamat hingga tingkatan 6 atas....Selepas itu aku meneruskan kesinambungan pendidikanku nun jauh ke seberang laut iaitu UMS...Aku cukup berterima kasih kepada UMS kerana memberikan aku ruang dan peluang melanjutkan pengajianku dan seterusnya menggapai cita-citaku dengan ilmu yang sangat bernilai harganya.....
Sedari kecil aku menyimpan angan-angan melanjutkan pengajian ke menara gading kerana aku amat berminat terhadap dunia akademik...Sedari kecil juga aku didedahkan dengan buku-buku dan penulisan-penulisan akademik, politik dan sastera melalui bapaku...Aku masih ingat ketika usiaku antara 12-15 tahun, rumah keduaku adalah perpustakaan awam segamat,berdekatan dengan dataran segamat..Ketika itu ayahku kerap membawaku ke sana dan meminjamkanku dengan apa sahaja buku yang aku minat...Bacaan wajib bapaku pula pada ketika itu adalah majalah MASSA yang aku kira telah diberhentikan percetakkannya pada waktu ini...Itupun aku curi-curi membaca walaupun ia tidak sesuai dengan usiaku kerana Massa adalah majalah yang sarat dengan isu-isu semasa dan politik..Ironinya,bapaku tidak pula melarang! Majalah-majalah seperti dewan masyarakat dan dewan siswa juga turut dibelasah oleh aku!
Di usia tersebut juga aku bisa mengenali penulis-penulis besar seperti Usman Awang, A Samad Said, Shahnon Ahmad, R Hamzah Dua, Othman Puteh, A Naim Kassan, Talib Samad terutamanya melalui novel-novel remaja tulisan mereka dan tidak lupa juga puisi-puisi mereka.Walaupun tidak semua karya mereka aku telah ku hadam, tetapi sebilangan kecil pernah juga singgah di kotak mindaku pada suatu ketika. Mungkin kerna itulah, aku amat berminat dengan dunia penulisan walaupun aku belum cukup "masak" untuk menulis.
Ketika di alam universiti pula, budaya berhujah dan menulis berlandaskan fakta akademik telah diterapkan oleh para pensyarah aku dan pada ketika itu juga karya-karya dari penulis barat dan negara luar silih berganti menerjah kotak fikiran aku yang tidak berapa luas ini.. Karya-karya Karl Marx, John Mearchiemer, Kenneth Waltz, Noam Chomsky dan lain-lain seperti dipaksa untuk dipasakkan ke dalam otakku kerana pengajian hubungan antarabangsa memerlukan penelitian yang teliti terhadap penulisa-penulisan berkenaan ilmu hubungan antarabangsa dan politik. Ia ditambah lagi dengan karya-karya sarjana-sarjana nusantara seperti Pramoedya Ananta Toer, Soe Hok Gie, dan Hamka, selain penulisan-penulisan para pensyarahku. Walaupun pada awalnya seakan terpaksa untuk aku melumat dan menghadamkannya ke dalam akal dan ingatanku, tetapi kini aku berasa amat bertuah dan bersyukur kerna aku telah diberikan kesempatan oleh Allah SWT untuk merasai nikmat ilmu selain nikmat terbesar Islam dan Iman. Dengan itu juga aku terdidik untuk bercakap dan berhujah bersandarkan fakta akademik walaupun kadangkala faktaku tergelincir akibat emosi menguasai diri akibat tewas dengan provokasi lawan hujahku.
Blog ini adalah medium untuk aku berkongsi pandangan dan minatku dengan mereka yang sealiran denganku, menebarkan ideaku selain mencoret pemerhatianku terhadap keadaan dunia yang semakin tidak tentu arah dan ntah hape hape! Segala penulisan atau artikel ini adalah dari karyaku sendiri dan anda boleh melihat adakalanya aku menggunakan ganti nama "aku", "saya" dan "penulis" . Ia bergantung terhadap artikel aatau perkara apa yang ingin aku tulis....Aku juga mohon kepada sahabat-sahabat yang singgah bertandang ke blog aku untuk menjadikan keintelektualan sebagai budaya rasmi apabila kita mengutarakan pendapat..Sekian dari aku, anak prolitariat!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan