Seperti ku rasa telah lama penaku tidak mencoret kerna kekangan waktu yang begitu mencemburuiku akhir ini..Mungkin jua ini adalah tulisanku yang pertama bagi tahun 2014 ini dan ku panjatkan kesyukuran kepada Sang Pencipta kerna memberiku ruang dan peluang untuk menghirup udara di bumi ciptaannya lagi. Seperti kebiasaan pabila menjelmanya fajar tahun baru, rata-rata dari sang insan mula memasang azam dan cita-cita untuk dikotakan . Begitu juga untukku..Tetapi tidak lengkap rasanya jikalau aku hanya memandang impian di hadapan sedangkan kisah semalam tidakku toleh. Tahun 2013 adalah tahun yang secara kasarnnya adalah tahun kegagalan untukku.Tetapi aku juga memiliki koleksi kegembiraan yang sangat bermakna dalam hidupku sekaligus menukarkan status ku kepada suami orang. Mungkin di dalam hal emosi aku gembira dan berjaya tetapi bukan persoalan kerjaya.
Tahun 2012 dan membawa kepada berlabuhnya matahari di petang 31 Disember 2013 adalah tahun yang penuh dengan kegagalan dalam persoalan kerjayaku. Aku telah mencuba dengan sedaya upaya untuk mencari kerjaya yang sekurang-kurangya tepat dengan kelulusanku setelah dua tahun berada di dalam universiti industri tetapi masih juga dinafikan oleh si majikan khusunya dalam persoalan upah. Kerna upah yang kuterima bisa diibaratkan cukuplah aku belajar takat tingkat enam saja!. Ya,mungkin masih ada kekurangan yang nyata dan pernampakan kekurangan itu tidak pula ku sedari.Mungkin jua, aku tidak cukup bagus di hadapan mereka-mereka yang mengujiku, tetapi inginku buktikan kepada merka betapa mereka silap tidak memilihku.
Dek kerna kesukaran merebut tempat di dalam persaingan undustri, aku membuat keputusan yang sukar untuk kembali semula ke universiti ilmu. Ya, tahun 2014 adalah tahun permulaan bagiku untuk meneruskan kesinambunagn ilmu yang pernah terhenti pabila aku bergraduasi pada takat Sarjana Muda dan akanku sambung ke peringkat seterusnya pada tahun ini. Moga aku berjaya kelak. Walaupun kutahu tidak semudah itu perjalananku, tetapi inginku bertanya kepada diri ku sendiri apakah selama ini telah mudah hidupku kerna memilih untuk terjun ke arena industri pekerjaan? Tidak bukan?Oleh itu ku putuskan untuk kembali ke menara gading untuk menggali lagi ilmu bagi menggapai impianku bergelar Sarjana mendidik anak bangsa pada suatu hari nanti..Semoganya...Aku sedar betapa universiti ilmu bukanlah segalanya kerna universiti kehidupan menawarkan lebih lagi ilmu beserta pengalaman. Tetapi sebelum aku menongkah gelombang dan badai kehidupan yang jauh lebih mencabar adalah lebih baik sekiranya aku menggali terlebih dahulu telaga ilmu sekalipun hanya menawarkan teori dan falsafah sahaja.
Tidak adil sekiranya keputusanku ini hanya memikirkan semata kekecewaan kerna persaingan industri, mungkin juga ia mempengaruhi keputusan sukarku ini. Tetapi sekiranya tidak aku mulakan sekarang bila lagi? Umur tidak bersifat statik, begitu juga waktu. Oleh kerna itu, aku memulakan langkah ini. Segala-galanya telah ke abadikan di dalam sanubari khas untuk kedua ibu dan ayahku yang dikasihi, isteriku yang tercinta dan juga adik-adikku. Sekiranya kejayaan menyebelahiku, untuk merekalah segala ini.
Aku ingin menggapai cita menjadi seorang ilmuan rakyat. Aku ingin menggapai cita beroleh gelar sarjana seperti mana yang sekian lama kupendamkan. Aku ingin memburu impian mendidik anak bangsa dan masyarakat dengan keilmuan. Aku ingin memburu impian bersama-sama cendikiawan dan ilmuan bergabung mencorakkan masa hadapan anak bangsa yang sarat dengan nilai intelek. Aku ingin menerjah masa hadapan dengan penuh keyakinan tanpa ragu-ragu. Aku ingin menerjah masa hadapan agar kehidupanku bersama mereka yang kusayang dan kucinta lebih terjamin di hari muka.Semoga cita,impian dan harapanku ini dipermudah dan diperkenankan oleh yang Maha Kuasa hendaknya.
-MHB-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan