Hari ini, masyarakat semakin terpesong sekalipun kemajuan pemikiran dan kebendaan melingkari kehidupan. Hari ini dunia semakin maju dengan segala macam teknologi dan kepesatan pembangunan fizikal, tetapi hari ini juga menyaksikan nilai-nilai dan norma masyarakat semakin keparat nilainya. Aku memerhatikan nafas-nafas manusia yang semakin hilang arah. Sesak di dalam keangkuhan, dan kesesatan sekalipun taraf pendidikan semakin terkehadapan. Persoalan yang mengasak pemikiranku adakah manusia semakin bijak ataupun semakin bodoh? Sekiranya aku menganggap manusia semakin bijak mungkin ya dari suatu sudut tetapi tidak di sudut yang lain dan sekiranya aku menafikan kebijakkan manusia dan masyarakat yang dilihat semakin bodoh ada kebijakkandan kecerdikan yang jelas terpampang di sana sini. Aku semakin kaget dan terus terbungkam bila memikirkan dan memerhatikan tingkah laku mereka yang satu spesies denganku.
Manusia yang membentuk masyarakat pada hari ini adalah hasil kesinambungan ketamadunan besar manusia yang bermula ribuan tahun yang lalu sedari turunnya Adam A.S di muka bumi ini dan terus berkembang ketamadunannya sehingga ke hari ini. Tetapi di dalam sejarah ketamadunan manusia telah beberapa kali tamadun-tamadun dan kota kota besar buatan tangan manusia lesap dek kerana kehebatan kudus maha pencipta. Aku bukan seorang agamawan yang betah berbicara soal agama tetapi aku adalah insan kerdil yang sentiasa memerhatikan diriku dan masyarakat sekelilingku. Kota-kota kaum Ad, Samud, Pompeii, Petra serta peninggalan Mesir Purba, Mesopotamia dan banyak lagi adalah kota-kota besar dan tamadun hebat pada zamannya yang mencerminkan kehebatan ketamadunan penghuninya tetapi kini yang tinggal hanyalah puing-puing kemusnahan yang jelas kelihatan. Mengapa ia terjadi? Ia belum lagi pabila membicarakan empayar-empayar agung Islam yang diwakili oleh kerajaan Islam Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyah yang runtuh satu persatu angkara orang dalam. Begitu juga dengan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka yang turut tersembam angkara kelemahan pentadbiran dan peranan Si Kitol yang menjahanamkan sesebuah pemerintahan dari dalam. Aku masih lagi memegang keyakinan betapa musuh Islam dan Melayu dalam konteks Malaysia tidak akan berjaya sekiranya peperangan secara terbuka dilaksanakan terhadap umat Islam kerana adanya kalimah " LAILLAHAILLALLAH MUHAMMDURRASULLULLAH" yang menjadi kekuatan setiap umat Islam. Kalimah agung dan suci itu begitu ampuh meresap ke dalam setiap mereka yang mengakui kebesaran dan keesaan yang maha kuasa. Tetapi mereka, musuh-musuh Islam tidak pernah berputus asa mencari kelemahan umat Islam dan hasilnya aku melihat kejayaan mereka yang semakin total.
Aku memerhatikan dan menelusuri sejarah umat Islam sekalipun tidak secara terperinci, setiap kejatuhan kerajaan-kerajaan yang dikuasai oleh orang Islam berpunca dari Takhta, Harta dan Wanita. Bila ada takhta akan melimpahlah harta dan dengan itu berdampinglah wanita-wanita. Dengan adanya "candu" wanita, amat mudah sesebuah kekuasaan itu diruntuhkan. Contoh yang paling mudah adalah kerajaan Islam Cordoba, Kerajaan Abbasiyyah mahupun juga Kerajaan Melayu Melaka. Kerana itu, dalam politik negara bangsa, aktor negara adalah aktor terpenting yang mewakili sesebuah masyarakat. Perjanjian Westphalia pada 1648 adalah sebuah alat musuh Islam kepada pembentukkan negara moden yang berdasarkan bangsa, keturunan mahupun puak, secara langsung menafikan kekuasaan empayar Islam yang menggabungkan sekalian bangsa di awah satu daulah Islamiyah. Runtuhnya Uthmaniyah pada 1920an adalah mencerminkan tiada lagi kesatuan daulah Islamiyah yang wujud di dunia ini dan hasilnya wujudlah negara bangsa yang berkibarnya panji yang berlainan sekalipun sesetengahnya adalah satu bangsa yang sama.( sebagai contoh negara-negara Arab, Malaysia-Indonesia-Brunei, Korea Utara-Korea Selatan dll)
Aku membawa sekelumit kronologi dan isu daripada ketamadunan ke empayar dan berpecah kepada negara bangsa adalah kerana aku melihat strategi musuh Islam menjalankan polisi "Glory Gospel Gold" lama dahulu melalui imperialisme telah membuahkan hasil dan seterusnya terma " Veni Vidi Vici" dan kemudiaanya "Devided and Rules" semakin berjaya atau tidak keterlaluan sekiranya aku mengandaikan mereka telah berjaya kerana kita, umat Islam semakin jauh dari Sang Pencipta yang maha Esa dan terlalu sibuk bercakaran dan berpecah sesama sendiri. Mungkin cabaran pada masa kini bukan lagi bercorak fizikal tetapi melalui ideologi tajaan musuh-musuh Islam yang telah menjadi "common" dalam masyarakat kita seperti demokrasi, kapitalis mahupun sosialis. Oleh kerana kita berlainan pegangan ideologi telah memecah belahkan perpaduan kita sekalipun hakikatnya kita bersadara! Natijahnya kita semakin berpecah, semakin lemah dan semakin menjadi minoriti hanya semata-mata berlainan ideologi dan fahaman politik sehinggakan apa sahaja yang berlaku sekalipun musibah dipolitikkan. Sekiranya ia berlarutan dan tidak diubati melalui "political will",penyatuan dan "Islamic grand design" yang ampuh, percayalah tindakan fizikal oleh musuh-musuh Islam pasti menyusul!!!
Sesebuah musibah yang mutakhir ini berlaku terhadap negara kita yang majoritinya umat Islam serta nasib yang menimpa sekalian umat Islam di dunia ini menandakan betapa rindunya Sang Pencipta terhadap doa kita selain kembalinya kita terhdap cara hidup yang berlandaskan ajaran Islam yang sebenar, Janganlah kita hanya menggunakan nama Islam tetapi cara hidup dan pemikiran tidak mencerminkan nilai Islam yang suci. Berhentilah berpolitik yang mengakibatkan perpecahan ummah sementara masih ada waktu....
-MHB-