Rabu, 7 Disember 2016

BERSIH ITU KOTOR
Tampaknya pembudayaan demokrasi semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat yang mendakwa diri mereka terpelajar. Pengertian dan pemahaman nilai nilai demokrasi juga tampak semakin sebati dengan urat dan nadi dan masyarakat muda Malaysia yang tahu serba serbi... Namun di sebalik makna demokrasi, dan keunggulan hak asasi, harus dimengertikan bahawasanya tiada apa hak yang mampu dan bisa mengatasi hak Allah sebagai penguasa seluruh alam yang bersemayam di singgahsana Arasy yang tinggi. 

Tidak guna terpelajar dan bergelar golongan profesional jika asas ketamadunan yang didasari agama tidak diberikan hak yang sewajarnya. Masyarakat ini dilihat semakin tenat dan hanya menanti mati. Sedih dan pilu kala melihat kelaku yang semakin benak namun masih meninggi diri kononnya dipihak yang benar. 
Pembersihan harus dimulai dalam diri. Jika hati dan jiwa tidak bersih mana mungkin dapat menuntut kebersihan mutlak dalam masyarakat dan negara. Negara didirikan kerna adanya masyarakat, masyarakat pula didirikan di atas kapasiti perseorangan. Kau terpekik dan terlolong selain berbangga digelar seorang pendemonstran yang kononnya tidak mahu menua menyertai perarakan gadang dalam membidani kelahiran pemerintah bersih. Namun, sejauh manakah kau mengerti agenda di sebalik perhimpunan gadang berwarna kuning itu? 
 Adakah kau tahu 14 tuntutan yang didokong oleh penaja himpunan itu? Atau kau hanya mengikut dengan mata yang buta dan telinga yang tuli? Sudah sudahlah kau diperbodohkan atas makna demokrasi jika kau sendiri langsung tidak tahu menghormati "demokrasi beraja" ini.. 

Aku kau gelar tolol, mereka yang seangkatan denganku juga kau gelar tolol. Ya... Kami tolol. Biarlah aku dilihat tolol di mata mereka yang tolol dari dilihat tolol di mata mereka yang hidup jiwa dan hatinya. Di sebalik bersih itu terdapat kekotoran yang amat jijik!!